VOLLEYLIVE

← Dashboard

Rules & Regulations

Kejohanan Bola Tampar Wanita Amatur Anjuran Selangit Volleyball Team (SVT) 2026

1.0 NAMA KEJOHANAN

Kejohanan ini dinamakan ‘KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA AMATUR ANJURAN SELANGIT VOLLEYBALL TEAM (SVT) 2026’.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT

Kejohanan ini akan diadakan pada 14 NOVEMBER 2026 (SABTU) di Gelanggang 4, Paroi Indoor Stadium, Seremban bermula jam 8 Pagi hingga jam 7 Petang.

3.0 SYARAT KEJOHANAN

3.1 Kejohanan ini hanya terbuka kepada pemain bola tampar WANITA sahaja.

3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar tidak lebih daripada 10 orang pemain.

3.3 Penyertaan adalah terhad kepada 8 pasukan terawal sahaja.

3.4 Bayaran deposit sebanyak RM100 bagi setiap pasukan. Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan tersebut menarik diri ataupun berlaku pertukaran tarikh, tempat atau pembatalan akibat aktiviti di luar bidang kuasa pihak penganjur.

3.6. Baki bayaran penuh hendaklah diselesaikan sepenuhnya sebelum atau pada 7 November 2026. Wang bayaran penuh juga tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan tersebut menarik diri ataupun berlaku pertukaran tarikh, tempat atau pembatalan akibat aktiviti di luar bidang kuasa pihak penganjur.

3.7 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seorang ‘LIBERO’ semasa pertandingan dijalankan. Pemain Libero yang didaftarkan WAJIB bermain sebagai libero sepanjang perlawanan. Sekiranya pemain biasa ingin menukar kepada posisi libero, maka pada perlawanan itu dan seterusnya akan bermain sebagai libero sahaja.

4.0 KELAYAKAN PEMAIN

4.1 Terbuka kepada penyertaan warganegara Malaysia sahaja, kecuali 16 tahun kebawah tidak dibenarkan menyertai kejohanan ini.

4.2 Pemain yang pernah mewakili Negara (Sea Games, Asian Games, AVC dan VNL), seeded, MAKSAK, SUKMA Indoor dan Outdoor tidak dibenarkan sama sekali menyertai. Sepenuhnya Amatur.

4.3 Pemain yang pernah mewakili liga anjuran MAVA dan yang setaraf dengannya (MAVA League, SOOKA,MVL) tidak dibenarkan bermain.

4.4 Pemain Peringkat Kebangsaan untuk kategori sekolah/IPT dibenarkan bermain (MSSM, SUKIPT, MASUM, MASISWA, SIPMA, U19 & U21)

4.5 Pemain Libero kategori amatur sahaja.

4.6 Pengesahan / pendaftaran pemain menggunakan kad pengenalan fizikal hendaklah disampaikan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum pertandingan pertama dimulakan.

5.0 TARIKH TUTUP PENYERTAAN & UNDIAN

5.1 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 November 2026 dan undian secara online (Google Meet) akan diajalankan pada 11 November 2026 (Rabu).

5.2 Borang pengesahan penyertaan pemain perlu diisi menggunakan pautan borang penyertaan yang diberikan oleh urusetia pertandingan. (rujuk lampiran A)

5.3 Bukti bayaran Yuran Penyertaan perlu diberikan kepada urusetia pertandingan.

6.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN & TAKLIMAT

6.1 Tarikh: 11 November 2026

6.2 Hari: Rabu

6.3 Masa: 9.00 Malam

6.4 Lokasi: Google Meet

7.0 SISTEM PERTANDINGAN

7.1 Semua pasukan yang mengambil bahagian akan dibahagikan kepada 2 kumpulan (4 pasukan dalam setiap kumpulan)

7.2 Perlawanan awal akan dijalan secara liga kumpulan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

7.3 Sistem kiraan mata pada peringkat kumpulan hingga ke akhir akan menggunakan sistem mata 31 mata atau Rally Point Scoring System (tanpa deuce) dimana pasukan yang mencapai kiraan 31 dahulu dikira sebagaio pemenang.

7.4 Pertukaran gelanggang berlaku apabila mata mencapai 16 pada mana-mana pasukan ketika perlawanan sedang dijalankan.

7.5 Hanya pasukan yang menjadi Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan di peringkat awal akan layak ke pusingan seterusnya.

7.6 Undian akan dibuat untuk menentukan lawan di peringkat kalah mati.

8.0 CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

8.1 Cara memberi mata:

Menang – 3 mata

Kalah – 1 mata

Kalah tanpa bertandng – 0 mata

8.2.1 Jika terdapat pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka pemenang akan ditentukan mengikut kaedah seperti berikut :-Nisbah Mata (M),

M = Jumlah mata menang (semua perlawanan) ÷ Jumlah mata kalah (semua perlawanan).

8.2.2 Jika masih seri, Nisbah set tertinggi (S)

S = Jumlah set menang (semua perlawanan) ÷ Jumlah set kalah (semua perlawanan).

8.2.3 Jika masih seri,

S1 = Jumlah set menang (antara pasukan yang terlibat) ÷ Jumlah set kalah (antara pasukan yang terlibat).

8.2.1 Jika masih seri,

M1 = Jumlah mata menang (antara pasukan yang terlibat) ÷ Jumlah mata kalah (antara pasukan yang terlibat).

8.2.2 Jika sekiranya masih terdapat persamaan antara dua (2) pasukan, maka keputusan perlawanan yang telah diadakan diantara kedua - dua pasukan tersebut akan diambil kira. Pasukan yang pernah menang diperlawanan tersebut dikira menang.

8.2.3 Sekiranya masih tidak boleh ditentukan pemenang antara tiga (3) atau lebih pasukan, maka cabutan undi akan dijalankan.

9.0 PAKAIAN SERAGAM

9.1 Semua pasukan mesti berpakaian jersi seragam dan bernombor.

9.2 Jersi hendaklah bernombor yang berukuran 15 cm tinggi ditengah – tengah hadapan dan 20 cm di belakang.

10.0 PEMBATALAN (WALKOVER)

10.1 Setiap pasukan mesti berada di gelanggang 30 minit sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan. Pasukan yang lewat selepas masa yang dijadualkan tanpa sebab yang munasabah akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma kepada lawannya.

10.2 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah menarik diri dari kejohanan dan tidak dibenarkan bermain untuk perlawanan – perlawanan seterusnya dan semua keputusan perlawanan oleh pasukan itu akan dibatalkan.

11.0 PENGADIL

Pengadil bertauliah akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola bagi setiap permainan yang akan dipertandingkan.

12.0 BANTAHAN / RAYUAN

12.1 Mana - mana pasukan yang cuba untuk menggunakan atau mencuba untuk melanggar syarat yang telah ditetapkan. Pihak penganjur tidak perlu menunggu pasukan lain membuat bantahan, penganjur akan terus membatalkan penyertaan pasukan tersebut jika didapati bersalah.

12.2 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan berjalan, mesti memberitahu pengadil Pertama secara lisan, Walau bagaimanapun perlawanan akan diteruskan. Hanya kapten permainan dibenarkan membuat bantahan.

12.3 Sekiranya selepas tamat perlawanan pasukan masih ingin membantah, Kapten permainan mesti memaklumkan kepada Pengadil Pertama. Bantahan secara bertulis mesti disertakan dengan wang tunai RM 300.00 sebagai wang cagaran dalam masa ½ jam selepas tamatnya perlawanan. Wang cagaran ini tidak akan dipulangkan jika bantahan ditolak. Keputusan Juri Rayuan adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

12.4 Sekiranya bantahan diterima, wang cagaran juga TIDAK akan dikembalikan

13.0 JURI RAYUAN

Juri rayuan akan diketuai oleh Pengerusi J/K Pengelola atau wakilnya, Ketua Pengadil Kejohanan dan 2 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dalam rayuan itu, Juri rayuan akan bersidang dalam masa 1 jam sebaik sahaja menerima bantahan bertulis.

14.0 YURAN PENYERTAAN

14.1 RM 280 bagi setiap pasukan.

14.2 Yuran penyertaan perlu dibayar ke akaun berikut:

NAMA AKAUN: NURHIDAYANI BINTI MD YUSOF

BANK : BANK RAKYAT

NO AKAUN : 2235110640

14.3 Bukti pembayaran perlu disertakan kepada pihak penganjur

15.0 HADIAH

JOHAN = Wang Tunai RM 300.00 dan medal sahaja

NAIB JOHAN = Wang Tunai RM 150.00 dan medal sahaja

TEMPAT KE - 3 = Wang Tunai RM 100.00 dan medal sahaja

TEMPAT KE - 4 = Hamper sahaja

16.0 PERKARA AM

16.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan mempunyai hak untuk mengambil sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam kejohanan ini yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan ini dan keputusan adalah muktamad. Pihak Jawatankuasa pengelola kejohanan ini juga berhak meminda sebarang undang – undang kejohanan jika didapati perlu.

16.2 Setiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan tetapi jawatankuasa pengelola kejohanan ini berhak meminda susunan atau masa perlawanan jika perlu.

16.3 Selain daripada pegawai - pegawai yang bertugas, pemain - pemain yang terlibat dan jurukamera rasmi, tidak sesiapa pun dibenarkan masuk ke dalam gelanggang ketika perlawanan sedang dijalankan.

16.4 Ahli - ahli sesuatu pasukan yang dibenarkan duduk atas bangku pemain simpanan adalah seperti berikut : Pengurus Jurulatih Pemain Simpanan

16.5 Sebarang kejadian diluar dugaan yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan keputusannya adalah muktamad.

16.6 Makanan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan pertandingan. Hanya air mineral sahaja dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan.

16.7 Pihak penganjur tidak menyediakan pasukan perubatan. Setiap pasukan perlu menyediakan pasukan medik atau membawa first aid masing – masing.

18.0 PERTANYAAN

Sebarang urusan atau pertanyaan boleh hubungi : Urusetia Kejohanan KEJOHANAN BOLA TAMPAR WANITA AMATUR ANJURAN SELANGIT VOLLEYBALL TEAM (SVT) 2026 Pn Sandar – 010 9700774, Pn Yanie – 017 6074883